, ,

Menuju Jannah 40 Pesanan Terbaik Ustaz Kazim


Compare

Buku 40 Pesanan Terbaik Ustaz Kazim ini sedikit sebanyak dapat memainkan peranan itu. Ustaz Kazim istiqamah dalam agenda hidupnya; dakwah. Mengajak pembaca kembali mengingati Allah s.w.t, mengenali hakikat hidup di dunia, membersihkan hati, meningkatkan iman dan menjadi manusia yang hebat disisi-Nya. Itu antara 40 pesanannya yang terkandung di dalam buku ini.

RM45.00

RM73.30 for 2 item(s)

Walau sekuat mana pun fizikal, mental dan spiritual seseorang, dia sebenarnya lemah. Kenapa dikatakan begitu? Kerana dia hanyalah seorang manusia, dan Allah s.w.t berfirman di dalam surah an-Nisaa’: 28, “…dan manusia dijadikan bersifat lemah.”

Lupa, lalai dan mudah terpedaya adalah antara sifat manusia yang membuktikan kelemahan mereka.

Di dalam al-Quran, Allah s.w.t berfirman:

“Dan apabila manusia itu ditimpa kemudaratan, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmat-Nya kepadanya lupalah dia akan kemudaratan yang pernah dia berdoa (kepada Allah) untuk (menghilangkannya) sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) daripada jalan-Nya….” (Az-Zumar : 8)

Tidak dinafikan kita memerlukan teguran dan peringatan untuk menimbulkan kesedaran tentang hakikat diri sebagai manusia. Kita sering kali lalai dan lupa untuk menjalikan hubungan yang baik dengan Pencipta. Sifat-sifat buruk kita juga adakalanya mencemar hubungan sesama insan.

Sebagai umat Islam pula, perlu juga kita diperingatkan peri pentingnya diperkukuhkan akidah, dipertingkatkan keimanan, disemarakkan cinta kepada rasul, sesama makhluk dan dimuliakan akhlak.

Buku 40 Pesanan Terbaik Ustaz Kazim ini sedikit sebanyak dapat memainkan peranan itu. Ustaz Kazim istiqamah dalam agenda hidupnya; dakwah. Mengajak pembaca kembali mengingati Allah s.w.t, mengenali hakikat hidup di dunia, membersihkan hati, meningkatkan iman dan menjadi manusia yang hebat disisi-Nya. Itu antara 40 pesanannya yang terkandung di dalam buku ini.

SKU: 978-967-5780-58-5 Categories: , , Tags: , , , ,
Weight 1.25 kg
Book Author

Ustaz Kazim

Penerbit

Utusan Karya Sdn Bhd

Book Info

Content Nasihat serta informasi agama.
Readers Family, High School
Publish Year 2015
Pages 304
Saiz 230mm x 155mm

Based on 0 reviews

0.0 overall
0
0
0
0
0

Be the first to review “Menuju Jannah 40 Pesanan Terbaik Ustaz Kazim”

There are no reviews yet.

You may also like…